Kamis, 25 September 2014

Tips Memahami kamera DSLR

1. Cari satu subjek - Kita mungkin akan merakam satu kawasan yang luas, jadi yang paling penting jangan hampiri kawasan yang gelap dan kurang cahaya. Deria mata kita dapat mengesan lebih banyak cahaya dan pelbagai jenis cahaya yang lebih luas daripada satu deria kamera digital (yang di panggil Dynamic Range dalam setting kamera). Mata ita boleh lihat menembusi cermin dan nampak apa isi dalamnya walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah berbanding dengar keadaan cahaya di luar. Bagaimanapun, kamera digital tak boleh jadi sebegini. Dengan kamera, kita hanya dapat lihat apa yang ada diluar cermin atau di dalam cermin sahaja. Pertimbangkan hal ini bila memilih subjek. Jangan pilih terlalu banyak subjek.Kalau terdapat banyak subjek dalam gambar tersebut,ia nampak macam tak berapa menarik mata memandang.
2. Letakkan kamera pada sesuatu. Kalau ada tripod, lebih baik pasangkan. Kalau tak ada, letak pada satu kawasan yang kukuh. Ramai rasakan tripod ni tak diperlukan, malu nak bawak. Tapi untuk dapatkan hasil yang bermakna, pasangkan tripod.
3. Gunakan tetapan Program (P). Ianya adalah mode terbaik untuk permulaan pembelajaran.
4. Tukarkan kelajuan ISO. Kalau ini kamera pertama korang, cuba ekperimen dengan kelajuan ISO. Boleh ubah tetapan ISO dalam setting kamera. Ada juga kamera yang sediakan short-cut key untuk menukar kelajuan ISO. Untuk yang belum faham tentang kelajuan ISO, fungsinya ialah untuk mengukur kepekaan kamera dengan cahaya, lebih rendah angkanya, lebih kurang sensitiflah kamera terhadap cahaya. Lebih tinggi nombornya, lebih tinggi sensitif kamera terhadap cahaya. Cuba amati gambar pada subjek yang sama, kita gunakan ISO paling rendah (50, 100 atau 200), dan kemudian cuba pula dengan ISO yang lebih tinggi (800, 1600 atau lebih).
5. Gunakan tetapan Aperture-Priority (A). Kebiasaannya ia dinyatakan sebagai Av (aperture value) atau A (aperture priority) pada tetapan dail.
6. Tetapkan bukaan aperture lensa. Ia boleh diubah dengan menukar nombor dial pada kamera (dipanggil diaphragm) yang kebiasaannya bermula dari 1.4 hingga 22 pada hampir semua jenis lensa). Cuba rujuk pada buku arahan untuk lebih tepat. Fungsinya ialah menukar saiz bukaan lensa untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk atau mengurangkan jumlah cahaya pada sensor. Saiz bukaan lensa dinyatakan dengan pengiraan nisbah jarak lensa dengan saiz bukaan lensa (digambarkan dengan f/5.6 contohnya). Lebih kecil saiz aperture (kurang cahaya masuk) dinyatakan dengan nombor yang lebih besar (f/22 contohnya). Jadi, cuba rakamkan 2 gambar dengan aperture yang besar dan aperture yang kecil.
7. Ubah kepada tetapan Manual (M) sepenuhnya. Tetapan ini membenarkan kita mengawal sepenuhnya kamera untuk dapatkan hasil gambar yang lebih menarik. Bukanlah sepanjang masa kita perlu gunakan Manual mode, kalau tak apa gunanya setting lain tu. Tapi kita perlu gunakan manual apabila ingin mengawal kedua-dua kelajuan shutter dan bukaan aperture.
8. Tukar kelajuan shutter. Ia digambarkan dengan nombor-nombor yang menaik dua kali ganda setiap kali ditukar. Kelajuan shutter bermula dari 1 saat, 1/2 saat, 1/4, 1/8, 1/16, dan seterusnya (dipanggil “stop” setiap perubahan nombor).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar